Ni je gambar terakhir nenek aku yang ada dalam simpanan aku. Dalam usia 71 tahun, dia meninggalkan kami semua pada petang Sabtu, 21/03/2009 pada jam 5:45 petang akibat sakit tua. Gambar ni aku rakamkan pada petang hari raya pertama Aidilfitri tahun 2008 semasa bondaku sedang menyuapkan makan kepadanya.
Petang Sabtu tu aku rush balik dari Putrajaya ke Kulai. Sharp 2 jam setengah pejalanan aku. Non-stop! Kejer gila. Dah laa sorang. Tapi demi nenek kesayangan aku tekan je pedal minyak tu. Laju tu laju jugak, tapi aku tetap berhati-hati. Lebih-lebih lagi perjalanan malam. Betul-betul kene fokus.
Dari rumah bonda ke kampung cuma ambil masa 30 jam. Kira-kira 12 tengah malam aku dah sampai kampung. Makcik2 aku suruh aku cium jenazah nenek, tapi aku tak mampu lagi nak bersua muka. Biarlah gelora di jiwa tenteram terlebih dulu. Aku terus ambil air sembahyang dan ikut saudara-saudara yang buat tahlil ringkas. Usai tahlil, aku teruskan membaca Yassin beberapa kali untuk arwah nenek. Berhenti seketika. Aku sambung pulak baca Al-Quran. Cukup 100 ayat, aku baca surah-surah pendek. Kemudian sambung lagi baca Yassin. Itu saja yang aku buat untuk temankan arwah nenek malam tu. Sampailah jam 3.30 pagi, aku dah tak betah nak berjaga. Terus lena hingga ke subuh....
Pagi Ahad, aku sambung lagi baca Yassin dan ikut orang-orang kampung buat tahlil. Hinggalah jenazah di mandikan dan dikafankan. Aku mengadap jenazah semasa dikafankan. Sangat sedih... waktu ini baru aku menangis. Aku sempat juga cium arwah nenek buat kali terakhir. Masa ni baru aku sedar...aku dah tak ada nenek lagi. huhuhu....
Semasa van jenazah bergerak nak meninggal rumah, atok lelaki aku pulak pengsan. Sungguh ketara sedihnya.... betapa mereka ini sehati sejiwa. Cukup menyayat hati tatkala si isteri menyahut seruan Illahi. Atok juga yang mengadap dan di samping nenek di saat-saat akhir nenek menghembuskan nafasnya. Pasti atok akan kesunyian....
Aku ikut ke kubur. Melihat sendiri jenazah nenek di kuburkan. Alhamdulillah ramai yang turut hadir ke tanah kubur. Dan yang aku pasti, arwah pakcik sedang menanti kehadiran nenek aku. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan Allah... Al-fatihah
Amin....
Amin....
Illusi : Rose Emely
This entry was posted
on 9:55 AM
and is filed under
("v") ceriter aku
.