Showing posts with label ("v") ceriter aku. Show all posts

@}--- Aku Kemaruk!!!  

Posted by: rose emely in ,

Starting this week...keje aku nge'pow' kat jiran sebelah aku jew benda nih. Tak cukup kat jiran sebelah...pi mintak kat member kat wing sebelah pulak....huhuhu dasat jugak penangan benda ni. Oleh kerana tekak aku rasa macam dah sebati dengan rasanya...aku pun mengorak langkah membelinya. hahahaha...nilah bendalah nyer....
Sangat sedapppppppppppp okkkkkkkk!!!

Tapi yang sebenarnya...aku lebih nak bendalah ni. Beli sekotak biskut ni percuma satu bekas yang agak cun di mata aku sebab kaler pink. Huhuhu...giler minat kaler pink. Sanggup balik kejer tadi pi redah Alamanda...semata-mata nak bekas ni.
Akhirnya.....aku memilikimuuuuu......



Illusi : Rose Emely


@}--- Aku suka!!!  

Posted by: rose emely in ,

Aku gerammmmm sama ini budak!!! Ni sepupu aku.

Nur Arissa Rania binti Mohd Amin Fakri



p/s : Lantak laa kan kalo mak bapak dia nak marah aku curi2 gambar seksi anak dia. Yang penting aku gerammmmmmmmmmm...sebab sangat comel. Paling geram sebab dia tak nak ngan orang lain... Kalo dpt kat aku, mau aku picit2 dak nih! hehehehe

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V

hahahaha...ni antara yang aku dapat 'pow' dari Ayiep. Aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

ni gambar sensored...tak mo kasi nampak itew muka mau tido lorr... :P


Illusi : Rose Emely

@}--- Jumaat - Sabtu - Ahad - Isnin  

Posted by: rose emely in ,

Entry kali ni aku nak cerita aktiviti2 yang berlaku sepanjang 3 hari lepas dan hari ni. First of all mestilah pasal birthday aku. Tahun ni aku rasa sangat tragik. Ada peristiwa yg sangat menyentuh kalbu berlaku di Subuh hari tatkala usia aku genap 25 tahun!!! Ape peristiwanya? Oppss...yg tu aku tak boleh cerita. Hanya orang2 tertentu je yg tau.


JUMAAT - 10 JULAI 2009
________________________________________


Birthday Girl yang Gonjeng!!!


Bertambah-tambah Gonjeng dengan kehadiran Jejaka ini!!!


Aku dapat suprise kek W.A.J.I.K.


Ada tak orang lain buat macam ni kat Birthday Girl?

Ini jejaka yang buat suprise tu. Datang pun dengan uniform kejer. Ape kes???

Anyway...thanks a lot. Keranamu...satu floor kenduri makan wajik.


*****


Oleh kerana hari Sabtu akan berlangsung Kejohanan Tertutup Bowling Bhg. P&P, maka makcik-makcik sekelian telah mengambil kesempatan pada tengahari Jumaat untuk berlatih.


Semangat pakai kasut....


Makcik ni macam biasa laaa...posing maut je kejernyer. Score hampeh!!!
kah kah kah...jgn marah yer...


Siap import jurulatih luar. Jurulatih pun same hampeh!!! Ke longkang la weiiii....

Yang ni pulak... orang duk sibuk baling bola, sempat lagi dia pi jawab call.
Cemane nak score esok nih?!!


Masing-masing gaya macam nak 'pro'. Tapiiii....

(korang jelah yg tafsirkannya....kah kah kah)

Tamat cerita sepetang.


*****


Ni lepas ofis hour. Nak pi tengok movie plak....tapi sempat singgah ofis jap.

Mengabdikan keindahan neon di Alamanda

Ni wat kejer gilew jap...sebab ari tu tengok cerita Transformers tak sempat nak pi snap2 gambar. Ramai sangat orang. Hari ni baru berkesempatan.


Hidup kena ceria!!!



P.E.A.C.E.

Pasang bodyguard camni cara jugak kan? kan? kan?


Aku layan I.C.E.A.G.E.3

Preview: Best giler citer nih. Memang lawak. Yang paling lawak adalah pasal si Scrat tuh. Tak habis2 dgn nuts dia. Dan bezanya kali ni, dia ada awek!!! Cayalah.... Kepada sesaper yg belum tengok, cepat2 laa pi tengok. Memang tak rugi. Sangat menghiburkan!

*****
________________________________________

SABTU - 11 JULAI 2009
________________________________________

Hari ni ada Kejohanan Bowling Tertutup Peringkat Bahagian Perancangan dan Pembangunan, KKM. Aku tak main pun. Tak reti main sebenarnya. So aku datang tengok je. Tu pun dah lewat. Oleh kerana itu, aku tak de laa snap gambar makhluk2 yang ala-ala 'pro' membaling bola itew...

Ni je bidadari dan bidadara yg sempat aku curi wajahnya....

Si Comel Mija
~ anak kepada Kak Liyot ~

Si Brutal Hazim
~ anak kepada En. Syed ~


Lepas tengok diorg main bowling, aku kembali ke ofis. Settlekan filing yg ntah baper bulan aku tak usik tuh... hik hik hik

Tamat story hari Sabtu

*****
________________________________________


AHAD - 12 JULAI 2009

________________________________________

Aku buat keje gila. Kol 8 pagi dah terpacak kat ofis. Dah macam hari kejer biasa plak. Ni gara2 kejer tak siap lagi. Seb baik boss aku pun datang. So tak laa buat kejer sorang2.
Dah siap...balik tidoqqq arrr....

*****
________________________________________

ISNIN - 13 JULAI 2009
________________________________________

Dapat hadiah hari ni. Hik hik hik...cam comel jew kan?



Kasi close up sket... 'Makcik Ellysa'...

Oiitt...agak2 arr. Den muda lagi tau. Mane bleh panggil2 makcik-makcik nih. Sensitip tau.
Panggil laa K.A.K.A.K. haaa...kan best sket dengar...


Anyway...thanks for this sweet present Mia & Mija.
Dah guna dah pun...next year bagi lagi ek!!


Oklah...tu jerk. Jenuh betul nak hupdate nih. Dari pagi sampai ke petang. Tak siap2....jgnkan org lain nak menunggu, aku yg nak siapkan entry ni pun dah jenuh...
Seb baik boleh siap jugak. Pasni setahun lagi baru hupdate agaknya.....

*****


Illusi : Rose Emely


@}--- Epi Bestday to Me...  

Posted by: rose emely in

Hari ni birthday aku!!!
Huhuhu...dah genap 25th. Makin muda nampaknyer....hik hik hik
Anyway, wish me luck for every thing i do k...




@}--- Sakit!!!  

Posted by: rose emely in

Sakit kepala arrr...!!! Dari minggu lepas lagi. Tak larat dah nak tahan. Time sakit tu mesti tangkap mata. Berdenyut-denyut. Hadoi yaiii... Ni yang buat tak larat ni. Ni yang rasa cam nak ambil mc dan berehat-rehat je kat rumah....


Adakah ini kerana aku minum air laici ini malam tadi???

Atau kerana jambu dan kuah rojak Mak Bee ni???

Hmmm...dah terbayang-bayang bantal, selimut, teddy bear.... Hwaaaa nak balik sekarang jugak!


*****

Tadi lunch hour aku and The Geng ke Hospital Putrajaya. Tengok sorang lagi manusia yg baru lahir. Haa...ni anak kepada Nashila Ayob. Lahir dengan berat 2.8kg. Nasib dia sama ngan aku. Anak 'tingkap'. Tau tak ape anak 'tingkap' tu? Tak tau pi tanye mak korang. hehehehe....


Happy New Born to Nur Kasih Humairah. Wish you all the best... Don't notty notty haa...

Aku??? Macam biasalaa...yang sakit kepala. Muka tak sakit. So still boleh senyum....



@}--- Ketagihan!!!  

Posted by: rose emely in ,

Aku semakin addict sekarang!!!


Sekali aku rasa, terus aku nak lagi. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi. Betapa gembiranya aku tatkala mendapat 'nya'. Aku sangat teruja untuk memiliki 'nya' lagi. Aku berusaha mengumpul duit. Aku akan cari 'nya' lagi. Untuk kepuasan diri aku sendiri, aku sanggup buat apa sahaja. Yang penting aku dapat kurangkan ketagihan aku!!!


Emak...ayahhhhh....Ampunkanlah anak mu ini...


Sesungguhnya aku berdosa kerana keterlaluan kepada 'nya'. Aku tidak peduli! Aku perlukan 'nya' untuk menghiburkan hatiku. Begitu banyak dugaan telah aku tempuhi minggu-minggu sudah. Dan kerana itu aku sangat perlukan 'nya' untuk ketenangan aku.


Lihatlah muka aku ini. Walaupun comel (ferahsan kejap...kah kah kah) dan nampak baik. Aku tetap ketagihan 'nya'. Percayalah. Bila kalian cuba rasa 'nya' sekali, aku pasti kalian hendak lagi...



Aku percaya kalian telah mengutuk aku. Aku tak kisah. Aku redha. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting aku tau apa aku buat. Dan paling penting, segalanya hanya untuk diri aku. Aku tak susahkan orang lain. Aku tidak meminta-minta pada orang lain. Aku usahakan sendiri. Kerana aku yakin, hasil dari usahaku sendiri pasti akan lebih berbaloi dan nikmat.

Kepada kalian yang sama-sama ingin menikmati 'nya', marilah sama-sama kita pergi beli. Hanya RM40.00 satu. Cukup murah. Jaminan yang sangat tinggi untuk kepuasan abadi. Boleh dibeli di mana-mana kedai buku seperti Popular, MPH, Kinokuniya dan yang sewaktu dengan nya.

Inilah dia ketagihan baru aku. New Moon!!! Sambungan kepada Twilight. Twilight je dekat sebulan baru aku habes baca. Yang ini lagi tebal. Entah bila boleh habes... Arrgghhhh tak peduli. Janji aku puas!!!!


Haa...korang fikir aku addict ape ha???


**********


Illusi : Rose Emely


@}--- Sambungan Hari2 Yg Penuh Makna  

Posted by: rose emely in ,


Kisah 3:
Ahad - 28 Jun 2009


Hari ni pulak aku plan nak tengok baby Shila kat Pantai Dalam ngan 'seseorang'. Memandangkan waktu masih awal, so kitorg pegi lunch dulu. Destinasi kali ni kat Restoran Jom Bali. Restoran ni penah masuk rancangan JJCM pertengahan Jun ari tu. Tengok Maria Tengku Sabri tu makan, mmg menyelarakan...so, aku pun menjejaki restoran nih...

Ni laa restoran nyer... Sangat open. Ramai juga org makan kat sini. Memberikan aku persepsi bahawa menu2 restoran ni mesti sedap....



Vanilla with Dragon Fruit
RM6.90

Air ni la yg buat aku tertarik nak pi cari restoran Jom Bali ni. Aku tengok Maria Tengku Sabri tu minum 1 shot je. Sampai terliur tengok dia minum. So air ni laaa yg 1st aku order. Memang sedap...ice blended vanilla di campur dgn dragon fruit. Tapi aku takde laa nak minum 1 shot trus... kira cam tekak aku ni kecik lagi laa nak dibandingkan ngan Maria Tengku Sabri tu.... hehehehe...




Nasi Ayam Berempah
RM7.20


Nasi ayam ni tak berapa sedap. Hmm sedap lagi nasi ayam kat Anjung depan Parcel E ni. Harap jew mahal...nasi dia langsung takde rasa. Ayam tu kononnya berempah, tapi lebih terasa pada sosnya...Pendek kata, tak sedap laaaa...


Nasi Goreng Ayam
RM6.90


Nasi goreng ni sedap. Cuma kurang pedas. Tapi yg kelakarnya, ayam untuk dua2 menu rasanya sama. Tak ada bezanya.... So senang citer tak ada specialty.



Prawn Omlet (S)
RM5.50

Yg ni pulak telur dadar udang. Memang hampeh. Sedap lagi yg kat Putrajaya Seafood. Udang langsung tak nampak...jauh sekali nak rasa. Lebih pada telur dadar kosong jew...bersepah dgn bawang ader laaa.... Korang jgn order k!!!




'Seseorang' order Lemon Coke. Harga RM3.20. Aku tak snap gambarnya. Sebab air tu biasa2 jer. Tak menarik langsung....
Then total bill RM31.15. Ada 5% service charges, tapi takde government tax. Anyway, aku tak berapa nak recomend la makan kat sini...tak sedap mana pun.

Lepas makan, aku terus gerak ke Pantai Dalam. Nak pegi rumah Sheila. Nak tengok baby dia. Dah janji nak datang dari sehari ke sehari...bertangguh-tangguh dari bulan lepas lagi. Hari ni nekad nak pegi juga. Aku yg drive dari Wangsa Maju tu.

Korang nampak tak perubahan kat gambar kereta aku tu??? Korang nampak takkkkkkkk apa yg tak kena????? Korang nampak tak kerenggangannya???

Sampai kat bandar Wangsa Maju tu kot, aku pun tak ingat apa nama tempat tu. Jalan jem... kenderaan semua gerak slow. Sekali lagi musibah menimpa!!! Aku dgn baik hatinya menghentam kereta orang depan....
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Huhuhu no plat pun pecah. Bumper depan tu siap kemek ke dalam. Penutup bonet tu tak payah citer laa...dah kompom2 kopak ke atas. Aku masih kaku dlm kereta. Pening memikirkan setiap hal yg berlaku dlm masa 2 hari ni. Tapi lebih kepada terkejut kot. Dulu aku lenyek kaki org, kali ni aku langgar kereta org.



Ni gambar pandangan sisi. Memang ketara gila kerenggangannya. Cian keter aku. Mesti dia nangis kesakitan. Tapi nak cemane kan...salah aku. Kereta yg aku langgar tu pun kereta Myvi SE juga. Bezanya kereta dia hitam, kereta aku putih.... Owner buat tuntutan RM500. huhuhu...calar dan kemek sikit je keter dia. Oleh kerana malas nak byk cerita, aku bayar je RM400. Sampai hari ni senyap. Cukup atau kurang, aku malas nak ambil tau. Itu je yg aku nak bayar... Keter aku ni lagi teruk. Saper nak bayar???


Destinasi di tuju tetap terjangkau. Ni laa si montel Muhammad Shamel Mukriz bin Abdul Malik. Anak kepada Sharila Mohd Radzi. Hik hik hik... Masa aku sampai dia ngah lena tido. Dan aku ini sangat pendengki...Aku kejut dia...sampai bangun! Kalo dia melalak pun lantak laa kan, aku bukan mak dia. Bior le mak bapak dia yg pujuk....kah kah kah....


Haa yg ni gambor setelah aku berjaya mencelikkan mata dia. Makin bulat mata bila terken silauan flash kamera aku...Padan muka dak kecik ni. Tu laaa org datang saper suh tido...kan dah kene kacau. Muka memang tak puas hati jew...


Anyway...wat Shamel. Happy new born! Welcome to the world...semoga menjadi anak yg soleh dan cerdik pandai..... Amin...



Untuk diri aku sendiri...aku nak cakap apa? Tabah hadapi dugaan???





Illusi : Rose Emely