@}--- Star Cruise  

Posted by: rose emely in ,

Holaaaa....cam dah lama aku tak update blog aku ni. takde story sebenarnya. cuma jalan2 page blogger lain. tinjau2 apa cerita mereka. nak tinggal komen pun kene fikir. mana yang ada idea, adalah jejak. kalau tak ada, sekadar selayang pandang.


Tapi hari ni aku dah ada story. Star Cruise. ekekekeke.... bukan dah naik Star Cruise. tapi bermimpi nak naik kapal besor tu. so untuk mendekatkan impian aku tu, aku menjalankan aktiviti menjejak kekawasan pangkalan Star Cruise. Klang.

Ini antara aktiviti yang aku jalankan sempena cuti Maulidur Rasul.


:: mula-mula mesti kene tunjuk new sunglases yang berjaya di'pow' daripada 'seseorang' ::




then lepak kat Tanjung Harapan, Port Klang Utara. adakah layak kawasan ini di panggil pantai? aku cadangkan korang tak payah pegi pun tak pe... sangat kotor ok! sangat tidak sihat untuk kanak-kanak. di saat aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba terpandang aku akan wartawan paling glamor di TV3. saper lagi kalo bukan Karam Singh Walia. hehehe...cari info alam sekitar la kot. anak dia hensem sangat. tapi tak nak snap gambor...kang orang kata jakun plak, kui kui kui



:: tengok dlm gambar memang cantik pemandangan belakang tu. tapi kalau pergi, kompom korang geli. kotor gila. cemaner ntah manusia-manusia tu berselera lepak tepi-tepi tebing tu sambil makan. tak paham aku... ::



ok now kisah melantak. hehehe... aku dah lama nak makan ketam. bukan tak de jual kat pasar yang boleh dibeli sendiri, di masak sendiri dan di makan sendiri. tak syok arrr. masak sendiri pastu makan sendiri. mesti nak yang orang lain masak. baru boleh layan nikmatnya...


so motif utama ke Klang ni nak cari kedai seafood yang glamor tu. walhal tak tau jalan dan tak tau jugak nama tempatnya. main redah je. planning asal nak cari restoran Upin & Ipin yang baru buka kat Shah Alam tu. tapi ntah mcm mana boleh tersasar ke Klang. hehehe.... (sengaja menyasarkan pejalanan sebenarnya...kerana waktu itu stering kereta aku yang conquer)


nah...ni la tempatnya. Muara Ikan Bakar. gambar sign board tak berapa nak clear. sebab pakai kamera fon. SLR bawak tapi dah malas nak pikul. perap je dalam dashboard. pastu menyesal sebab gambar tak clear... (padan muka aku... keh keh keh)



let me story sikit. rules kat sini, masuk je kene pilih sendiri seafood yang korang nak makan. dah pilih, dia akan timbang dan tanya nak masak apa. hmm pastu korang leh cari seat korang, then order minuman or nasi or sayur or what so ever yang disediakan di situ. boleh juga buat reservation. tempatnya cantik. pemandangan mengadap laut. sangat seronok tatkala mendengar deruan ombak menghempas pantai.

sorry aku tak ambil gambar tempat ni fully. sebab ramai orang. aku duk snap gambar makanan pun orang dah jeling-jeling ape tah lagi buat jakun amik gambar sekeliling. mau aku di cop budak hutan mana baru keluar pegi makan kat restoran. tak sanggup den!!!


:: ni air yang kitorang order. aku jus tembikai, dan 'seseorang' air kelapa ::


oh ya aku bersama 'seseorang' di waktu itu.... (igt ye! seseorang itu tidak semestinya seorang lelaki, kekasih hati, boypren tetapi boleh menjadi sesiapa sahaja...hehehhe)



:: yang ni aku kurang paham. order nasi putih. tapi yang datang set nasi lemak. last-last tak berusik langsung. membazir tol! nasib baik tak kene charge ::



:: ni plak aku sajer susun sementara menunggu lauk-lauk sampai. takde kojer namenye ::




:: dah penat duduk, ambil gambar berdiri pulak. ni kat sebelah meja je. saje pilih meja yang dekat tepi. kira macam anjung la. best sikit tengok pemandangan. cahaya bergemerlapan. ::



:: tiba-tiba kapal idaman lalu. huhuhu..nak naik! ada siapa-siapa nak sponsor? ::



:: pastu dapat bunga telur sempena Maulidur Rasul ::

kat sini aku order sotong dan ketam je. memang niat datang nak makan ketam semata. sotong ni kira buat ada-ada je. (hehehe...nak pekena 'seseorang' bayar lebih-lebih sket...)

:: ha ni gambar sotongnya. 2 ekor je. tapi boleh tahan besar la. aku mintak dia goreng tepung je. best jugak. rasa macam tepung kfc la. apa kata kita tukar nama Klang Fried Squid (KFS) ::



:: ni plak gambor ketam. aku wat kejer gila, amik 6 ekor masak sweet sour. dah memang niat nak makan ketam. so pulun la cukup-cukup. best giler. lazat. sangat sedap. pada aku la. ::






:: ni gambor pinggan aku. hehehe... kira besor jugak laa kan ketam nyer. best woo meratah lauk. belum habes makan, dalam kepala otak dah berkira-kira nak datang lagi. ::




satu jam kemudian....













:: taraaa...terer tak kitorang? huhuhu abes ketam-ketam dikejerkan. satu sepit pun tak meninggal....hehehe ::



:: ni hasil usaha aku meratah ketam ::


:: nah gilor bersepah. sotong pun clear. lauk licin. nasi jer tak abes. kalo amik sepinggan share 2 orang pun ok kan? opsss...tetiba gelas ada 2. ha tu mintak extra ais. sebab air dah tak sejuk... ::


:: ni muka budak yang kekenyangan ::


:: ni harga yang kene bayor. hamek ko!!! mcm makan satu family. hahahaha.... ::



ni lagi satu. kalo korang pegi tisu ni korang jangan tinggal kan. kene charge tau walaupun korang tak mintak...tengok kat resit tu. sekeping 30 sen.

hmmm oklah. tu jer citer aku.... kalo aku JJCM lagi... aku upload lagi k.

This entry was posted on 9:00 AM and is filed under , .