@}--- Hari2 Yg Penuh Makna  

Posted by: rose emely in ,

Lepas berita gembira aku hebahkan, sekarang aku nak kongsi cerita utk hari2 yg penuh makna...
Kalau inilah dugaan dari-Nya, aku redha terima segalanya.....
Terima kasih kpd kalian yg memberi sokongan, ribuan terima kasih kpd yg menghulur bantuan, jutaan terima kasih kpd yg sanggup berganding bahu bersusah-payah hadapi segala kesukaran.....




Kisah 1: Jumaat - 26 Jun 2009



Hari ni aku ada date dgn 'seseorang'. Dah janji nak pick up dia kat hentian Serdang. Lebih kurang jam 6.30 ptg. Lepas maghrib, cadang nak ke Muara Ikan Bakar, Klang...tapi dibatalkan sbb mood yg tak berapa nak ok. Aku pun ngah sakit kepala... So utk mkn mlm, kitorg menapak ke Soho, Bangi je. Silap aku jugak...tak pandai nak kawal diri. Sepanjang waktu makan, moody terlbh2... Bahananya....masa reverse kereta, hentam van org kat belakang. Van tu dah sedia buruk...tapi steady je. Keter aku jugak yg sopak...



Ini adalah antara sopak2 dan calar2 yg ada kat keter aku. Ntah bila boleh clean & clear keter aku ni pun aku tak tau! Kena tukar keter baru gamaknyer....
Lepas mkn tu, kitorg lepak2 je... lebih kurang pukul 10 lebih, aku decided nak tgk movie midnite. Terus rush ke The Mines...

Aku drive mcm biasa je...dgn kelajuan lebih kurang 100km/j. Sampai satu selekoh...stereng keter mula bergetar. Ada sumthing yg tak kene dgn tayar.... Alignment pun dah lari...dekat separuh stereng aku putar baru tayar tu tegak. Sah! Memang tayar yg prob. Aku terus drive ke Petronas P11.


Alhamdulillah...Tuhan masih nak pnjgkan umur aku. Kalo tengok dari keadaan tayar, dgn kelajuan yg sedikit tinggi dan kawasan berselekoh...aku mmg ada peluang yg sgt besar utk jadi 'arwah'....huhuhu (nasib baik masih diberi kesempatan utk bertaubat)

Bayangkanlah...tayar depan sebelah driver, bahagian atas dah condong keluar, bahagian bawah pulak tak senget ke dalam... 'seseorang' intai cari punca. Rupa2nya...skru tayar dah hilang. Ni mesti last month masa pasang tayar, diorg tak ketatkan bolt & nat tu betul2...

Aku call Kak Fida nak mintak tlg, pinjam toolbox dia. Aku punye toolbox dah selamat tinggal kat dlm rumah... 'seseorang' pun call member (mad) baik dia. Aku dah pucat...tak tau dah nak buat aper. Tengok je. Mujurlah waktu tu aku ada kawan, kalo sorang2? Ape aku nak buat...tak kan nak menjerit kat tengah2 jalan...kan?

Kitorg mmg takde bolt & nat spare. Saper la pulak yg rajin nak simpan skru2 besar ni kan? Paling layak mmg foremen je yg selalu hayak ke hulu ke hilir. Ada jugak call foremen ni, tapi maklumlah...waktu tu dah dekat pukul 12 tgh malam. Takde saper pun yg rajin nak offer diri tlg repair memalam buta...kecuali kitorg berempat. Huhuhu...tragis sungguh mlm2 cenggini lepak kat Petronas kan?

Lastly, 'seseorang' ngan Mad dpn cari bolt yg lebih kurang sesaiz dan gantikan nat dgn socket yg agak2 muat. Dpt laa tayar tu bergerak yg betul walaupun alignment dah lari giler...Slowly kitorg drive balik rumah... Oleh kerana aku dah panic, so 1 gmbr pun aku tak snap...






Kisah 2: Sabtu - 27 Jun 2009



Haa...tulah bolt & nat yg hilang tu... kalo tengok sekali imbas dari luar mmg tak nmpk kehilangan dia. Fuhh...seb baik masih selamat kan? Kitorg cari lagi bolt sesuai. Sekadar utk sementara nak smpi ke kedai tayar...


Ni kat Puchong. Kira dah 2 kali laa aku berurusan kat kedai ni. Staff kat situ pun masih cam muka aku. Kesian keter aku kan?


Masa staff ni repair tayar ni, ada pulak benda lain yg dia detected tak kene kat keter aku ni. Drive Shaf plak pecah...adussss!!! macam2 hal laa pulak.... korang tau tak drive shaft tu mende? haaa ni laa benda nyer.....



Ada model tak berbayar plak nak tolong expose kan gambor kotak shaft ni.... hehehehe



Hurmmm...tak pasal2 kopak lagi duit bulan ni. Tapi bagus jugak, kalo tak tau shaft ni pecah, effect lama2 nanti lagi risiko... Biarlah abes duit sekarang asalkan selamat di kemudian hari....
Ok... lepas repair tayar sumer dah kembali normal. Mood pun dah kembali ceria... Its time to reward ourselves....


Dah berpenat lelah kejerkan keter tu. Tibalah masanya nak isi perut. Dah berkeroncong dah pun dari tadi...mmg lapar giler. Alang2 ada di Puchong, kitorg terus ke IOI Puchong. Plan nak makan kat Domino's Pizza. Malangnya takde pulak cawangan kat sini. Last2 kitorg try di Papa John's.... Tempatnya di new wing, belakang sekali....berdepan dgn Nando's. Jom layan pikcer2 menu yg kitorg order....



Ada free wifi jugak...




100Plus, Mushroom Soup and garlic sauce.

Mushroom Soup dia sgt sedap...lebih pekat nak dibandingkan dgn Pizza Hut. Mushroom nyer pun sgt banyak. Terasa ketulan2 cendawan dlm tu...mangkuk tu nampak je besar. Tapi ceterk ajer isinya. So jgn takot tak abes...rasa mcm nak tambah lagi adalaaa...




Cheese Breadstick
!

Haa yg ni paling sedap bagi aku... Disediakan dgn sos Prego... Makan dgn garlic sause pun best. Tak nak cicah dgn aper2 pun tak per...mmg dah sedap. Pure Mozarella Cheese....

* Highly recommended



6" Mexican Ole Pizza

Pizza ni tak berapa nak best sgt laa...biasa2 je. Kalo budak2 makan ok laa kot, sbb tak pedas or rasa aper berempah langsung. Yg special kat Papa John's ni, setiap pizza akan dihidangkan dgn cili jeruk. Pelik kan? Maybe sbb diorg tak provide sos.... mmg originally mkn pizza ngan garlic sause sahaja.


6" Super Papa's

Kalo kat Pizza Hut, lebih kurang cam Super Supreme laa... Saiz 6" jugak...kira paling kecik la
Sangat lazat...roti pizza tu pun lain dari Pizza Hut. Kat Papa John's ni lebih crunchy... syok ooo!!!




Papa Special Baked Spagethi


Yg ni lagi sedap.... lebih masam nak dibanding dgn Pizza Hut. Bahagian atas di tabur dgn beef pepperoni...lada bengala dan mozarella cheese... nyum nyum nyum....


Total bil RM54.00. Satu je yg tak berapa best kat Papa John's ni, combo menu dia tak se'best' Pizza Hut. Maknanya, semua menu yg kitorg order tu adalah ala carte. So pandai2laa buat pilihan....segalanya terletak di tangan anda. Dah kenyang sumer...kitorg balik umah masing2.


Malamnyer nak recover layan movie yg tak kesampaian hari tu plak.

Transformers : Revenge of The Fallen

hahaha...aper kes plak letak gambor aku. Ni sbb tak dan nak snap gambor Transformers laa... Kiranya kitorg mengabeskan hari Sabtu dgn aktiviti yg menyeronokkan. Movie pun best...semua org pun enjoy. Kepada sesaper yg belom tengok, tengok laa cepat2. Memang tak merugikan....




Hmmm...oklah. Stop kat sini dulu. Kejap2 lagi sambung cerita utk hari Ahad pulak...kisah ke-3. Skang dah penat...nak rehat jap...huhuhu



Illusi : Rose Emely


This entry was posted on 2:20 PM and is filed under , .