@}--- Sambungan Hari2 Yg Penuh Makna  

Posted by: rose emely in ,


Kisah 3:
Ahad - 28 Jun 2009


Hari ni pulak aku plan nak tengok baby Shila kat Pantai Dalam ngan 'seseorang'. Memandangkan waktu masih awal, so kitorg pegi lunch dulu. Destinasi kali ni kat Restoran Jom Bali. Restoran ni penah masuk rancangan JJCM pertengahan Jun ari tu. Tengok Maria Tengku Sabri tu makan, mmg menyelarakan...so, aku pun menjejaki restoran nih...

Ni laa restoran nyer... Sangat open. Ramai juga org makan kat sini. Memberikan aku persepsi bahawa menu2 restoran ni mesti sedap....



Vanilla with Dragon Fruit
RM6.90

Air ni la yg buat aku tertarik nak pi cari restoran Jom Bali ni. Aku tengok Maria Tengku Sabri tu minum 1 shot je. Sampai terliur tengok dia minum. So air ni laaa yg 1st aku order. Memang sedap...ice blended vanilla di campur dgn dragon fruit. Tapi aku takde laa nak minum 1 shot trus... kira cam tekak aku ni kecik lagi laa nak dibandingkan ngan Maria Tengku Sabri tu.... hehehehe...




Nasi Ayam Berempah
RM7.20


Nasi ayam ni tak berapa sedap. Hmm sedap lagi nasi ayam kat Anjung depan Parcel E ni. Harap jew mahal...nasi dia langsung takde rasa. Ayam tu kononnya berempah, tapi lebih terasa pada sosnya...Pendek kata, tak sedap laaaa...


Nasi Goreng Ayam
RM6.90


Nasi goreng ni sedap. Cuma kurang pedas. Tapi yg kelakarnya, ayam untuk dua2 menu rasanya sama. Tak ada bezanya.... So senang citer tak ada specialty.



Prawn Omlet (S)
RM5.50

Yg ni pulak telur dadar udang. Memang hampeh. Sedap lagi yg kat Putrajaya Seafood. Udang langsung tak nampak...jauh sekali nak rasa. Lebih pada telur dadar kosong jew...bersepah dgn bawang ader laaa.... Korang jgn order k!!!




'Seseorang' order Lemon Coke. Harga RM3.20. Aku tak snap gambarnya. Sebab air tu biasa2 jer. Tak menarik langsung....
Then total bill RM31.15. Ada 5% service charges, tapi takde government tax. Anyway, aku tak berapa nak recomend la makan kat sini...tak sedap mana pun.

Lepas makan, aku terus gerak ke Pantai Dalam. Nak pegi rumah Sheila. Nak tengok baby dia. Dah janji nak datang dari sehari ke sehari...bertangguh-tangguh dari bulan lepas lagi. Hari ni nekad nak pegi juga. Aku yg drive dari Wangsa Maju tu.

Korang nampak tak perubahan kat gambar kereta aku tu??? Korang nampak takkkkkkkk apa yg tak kena????? Korang nampak tak kerenggangannya???

Sampai kat bandar Wangsa Maju tu kot, aku pun tak ingat apa nama tempat tu. Jalan jem... kenderaan semua gerak slow. Sekali lagi musibah menimpa!!! Aku dgn baik hatinya menghentam kereta orang depan....
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Huhuhu no plat pun pecah. Bumper depan tu siap kemek ke dalam. Penutup bonet tu tak payah citer laa...dah kompom2 kopak ke atas. Aku masih kaku dlm kereta. Pening memikirkan setiap hal yg berlaku dlm masa 2 hari ni. Tapi lebih kepada terkejut kot. Dulu aku lenyek kaki org, kali ni aku langgar kereta org.



Ni gambar pandangan sisi. Memang ketara gila kerenggangannya. Cian keter aku. Mesti dia nangis kesakitan. Tapi nak cemane kan...salah aku. Kereta yg aku langgar tu pun kereta Myvi SE juga. Bezanya kereta dia hitam, kereta aku putih.... Owner buat tuntutan RM500. huhuhu...calar dan kemek sikit je keter dia. Oleh kerana malas nak byk cerita, aku bayar je RM400. Sampai hari ni senyap. Cukup atau kurang, aku malas nak ambil tau. Itu je yg aku nak bayar... Keter aku ni lagi teruk. Saper nak bayar???


Destinasi di tuju tetap terjangkau. Ni laa si montel Muhammad Shamel Mukriz bin Abdul Malik. Anak kepada Sharila Mohd Radzi. Hik hik hik... Masa aku sampai dia ngah lena tido. Dan aku ini sangat pendengki...Aku kejut dia...sampai bangun! Kalo dia melalak pun lantak laa kan, aku bukan mak dia. Bior le mak bapak dia yg pujuk....kah kah kah....


Haa yg ni gambor setelah aku berjaya mencelikkan mata dia. Makin bulat mata bila terken silauan flash kamera aku...Padan muka dak kecik ni. Tu laaa org datang saper suh tido...kan dah kene kacau. Muka memang tak puas hati jew...


Anyway...wat Shamel. Happy new born! Welcome to the world...semoga menjadi anak yg soleh dan cerdik pandai..... Amin...



Untuk diri aku sendiri...aku nak cakap apa? Tabah hadapi dugaan???





Illusi : Rose Emely

This entry was posted on 10:00 AM and is filed under , .