@}--- Ketagihan!!!  

Posted by: rose emely in ,

Aku semakin addict sekarang!!!


Sekali aku rasa, terus aku nak lagi. Aku tak tau nak cakap macam mana lagi. Betapa gembiranya aku tatkala mendapat 'nya'. Aku sangat teruja untuk memiliki 'nya' lagi. Aku berusaha mengumpul duit. Aku akan cari 'nya' lagi. Untuk kepuasan diri aku sendiri, aku sanggup buat apa sahaja. Yang penting aku dapat kurangkan ketagihan aku!!!


Emak...ayahhhhh....Ampunkanlah anak mu ini...


Sesungguhnya aku berdosa kerana keterlaluan kepada 'nya'. Aku tidak peduli! Aku perlukan 'nya' untuk menghiburkan hatiku. Begitu banyak dugaan telah aku tempuhi minggu-minggu sudah. Dan kerana itu aku sangat perlukan 'nya' untuk ketenangan aku.


Lihatlah muka aku ini. Walaupun comel (ferahsan kejap...kah kah kah) dan nampak baik. Aku tetap ketagihan 'nya'. Percayalah. Bila kalian cuba rasa 'nya' sekali, aku pasti kalian hendak lagi...



Aku percaya kalian telah mengutuk aku. Aku tak kisah. Aku redha. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting aku tau apa aku buat. Dan paling penting, segalanya hanya untuk diri aku. Aku tak susahkan orang lain. Aku tidak meminta-minta pada orang lain. Aku usahakan sendiri. Kerana aku yakin, hasil dari usahaku sendiri pasti akan lebih berbaloi dan nikmat.

Kepada kalian yang sama-sama ingin menikmati 'nya', marilah sama-sama kita pergi beli. Hanya RM40.00 satu. Cukup murah. Jaminan yang sangat tinggi untuk kepuasan abadi. Boleh dibeli di mana-mana kedai buku seperti Popular, MPH, Kinokuniya dan yang sewaktu dengan nya.

Inilah dia ketagihan baru aku. New Moon!!! Sambungan kepada Twilight. Twilight je dekat sebulan baru aku habes baca. Yang ini lagi tebal. Entah bila boleh habes... Arrgghhhh tak peduli. Janji aku puas!!!!


Haa...korang fikir aku addict ape ha???


**********


Illusi : Rose Emely


This entry was posted on 12:15 PM and is filed under , .