Hari Jumaat (24/07/2009) lepas aku cuti. Planning nak balik JB. Huhuhu...dah 2 bulan tak jengok mak ayah...windu tu!!! Tapi sebelum balik, aku servis kereta dulu kat Puchong. Siap je dah tengahari. Terus ke Shah Alam. Gi beli buku. Ingat dari Shah Alam nak direct je ke JB. Ntah cemane boleh pulak salah jalan...tiba2 termasuk Puchong balik. Sah! Ni kira perut dah kebulur...sampai signboard pun dah tak reti nak baca.
Perut menjerit2 nak makan nasi. Kat Puchong mane nak cari kedai jual nasi petang2 hari ni. Kalo malam tu banyak laa port yg ok sket! Jalan punya jalan, sampai ke Sunway la pulak. Alang2 sampai sini terus masuk Sunway Pyramid.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....
Dah lama nak masuk sini. Baru hari berkesempatan. Aku terpedaya tengok photo dalam friendster member2 kolej dulu.
Well ini air yang aku order. F&N grape. Oleh kerana aku masih selesema, so aku order satu je air. Konon2 baik laa nak minum mineral water je. Tapi nasib baik...sekali datang...Mak oiii!!! Gelas memang tak hengat. Dah macam minum jus buah medium saiz. Kat sini pun soft drink boleh refill. Haa...ape lagi. Bantai kongsi segelas 2 orang arrr....
Ni antara sos tersendiri yang disediakan oleh Tony Roma's. Ada 4 perisa sebenarnya...tak sempat nak snap yang lain2.
Marinated Chicken Grill
Yang ni menu Ayiep. Side dish nasi ngan fries. Nasi dia ok laa...tapi ayam tu out! Tak berapa nak rasa rempah nyer....
BBQ 1/2 Chicken
Yang ni plak menu aku. Side dish aku amik fries ngan cole slow. Sangat sedap. Dan ayam nyer sangat besar.
Kak Lieya suggest makan ribs kat sini. Memang betul pun, kat sini ribs tu laa special menu. Tapi malangnya, aku kurang minat sket nak makan rusuk nih. Tu yang makan ayam juga.
Posing dengan menu masing-masing kejap....
hahahaha...ini hasil pinggan aku. Sampai tak habis nak makan. Tu pun separuh dah berpindah ke pinggan sebelah. Sangat kenyang okkk! Kalo nak dibandingkan dengan Kenny Rogers or Nando's, ayam kat Tony Roma's ni lagi sedap dan besar. Memang berbaloi. Boleh share 2 orang sepinggan.
Inilah wajah-wajah kekenyangan....
Total = RM82.00
Hehehe...lagi mahal dari aku makan kat Putrajaya Seafood. Tapi memang kompom, makan sampai tak boleh nak bangun.
Illusi : Rose Emely