@}--- Jumaat - Sabtu - Ahad - Isnin  

Posted by: rose emely in ,

Entry kali ni aku nak cerita aktiviti2 yang berlaku sepanjang 3 hari lepas dan hari ni. First of all mestilah pasal birthday aku. Tahun ni aku rasa sangat tragik. Ada peristiwa yg sangat menyentuh kalbu berlaku di Subuh hari tatkala usia aku genap 25 tahun!!! Ape peristiwanya? Oppss...yg tu aku tak boleh cerita. Hanya orang2 tertentu je yg tau.


JUMAAT - 10 JULAI 2009
________________________________________


Birthday Girl yang Gonjeng!!!


Bertambah-tambah Gonjeng dengan kehadiran Jejaka ini!!!


Aku dapat suprise kek W.A.J.I.K.


Ada tak orang lain buat macam ni kat Birthday Girl?

Ini jejaka yang buat suprise tu. Datang pun dengan uniform kejer. Ape kes???

Anyway...thanks a lot. Keranamu...satu floor kenduri makan wajik.


*****


Oleh kerana hari Sabtu akan berlangsung Kejohanan Tertutup Bowling Bhg. P&P, maka makcik-makcik sekelian telah mengambil kesempatan pada tengahari Jumaat untuk berlatih.


Semangat pakai kasut....


Makcik ni macam biasa laaa...posing maut je kejernyer. Score hampeh!!!
kah kah kah...jgn marah yer...


Siap import jurulatih luar. Jurulatih pun same hampeh!!! Ke longkang la weiiii....

Yang ni pulak... orang duk sibuk baling bola, sempat lagi dia pi jawab call.
Cemane nak score esok nih?!!


Masing-masing gaya macam nak 'pro'. Tapiiii....

(korang jelah yg tafsirkannya....kah kah kah)

Tamat cerita sepetang.


*****


Ni lepas ofis hour. Nak pi tengok movie plak....tapi sempat singgah ofis jap.

Mengabdikan keindahan neon di Alamanda

Ni wat kejer gilew jap...sebab ari tu tengok cerita Transformers tak sempat nak pi snap2 gambar. Ramai sangat orang. Hari ni baru berkesempatan.


Hidup kena ceria!!!



P.E.A.C.E.

Pasang bodyguard camni cara jugak kan? kan? kan?


Aku layan I.C.E.A.G.E.3

Preview: Best giler citer nih. Memang lawak. Yang paling lawak adalah pasal si Scrat tuh. Tak habis2 dgn nuts dia. Dan bezanya kali ni, dia ada awek!!! Cayalah.... Kepada sesaper yg belum tengok, cepat2 laa pi tengok. Memang tak rugi. Sangat menghiburkan!

*****
________________________________________

SABTU - 11 JULAI 2009
________________________________________

Hari ni ada Kejohanan Bowling Tertutup Peringkat Bahagian Perancangan dan Pembangunan, KKM. Aku tak main pun. Tak reti main sebenarnya. So aku datang tengok je. Tu pun dah lewat. Oleh kerana itu, aku tak de laa snap gambar makhluk2 yang ala-ala 'pro' membaling bola itew...

Ni je bidadari dan bidadara yg sempat aku curi wajahnya....

Si Comel Mija
~ anak kepada Kak Liyot ~

Si Brutal Hazim
~ anak kepada En. Syed ~


Lepas tengok diorg main bowling, aku kembali ke ofis. Settlekan filing yg ntah baper bulan aku tak usik tuh... hik hik hik

Tamat story hari Sabtu

*****
________________________________________


AHAD - 12 JULAI 2009

________________________________________

Aku buat keje gila. Kol 8 pagi dah terpacak kat ofis. Dah macam hari kejer biasa plak. Ni gara2 kejer tak siap lagi. Seb baik boss aku pun datang. So tak laa buat kejer sorang2.
Dah siap...balik tidoqqq arrr....

*****
________________________________________

ISNIN - 13 JULAI 2009
________________________________________

Dapat hadiah hari ni. Hik hik hik...cam comel jew kan?



Kasi close up sket... 'Makcik Ellysa'...

Oiitt...agak2 arr. Den muda lagi tau. Mane bleh panggil2 makcik-makcik nih. Sensitip tau.
Panggil laa K.A.K.A.K. haaa...kan best sket dengar...


Anyway...thanks for this sweet present Mia & Mija.
Dah guna dah pun...next year bagi lagi ek!!


Oklah...tu jerk. Jenuh betul nak hupdate nih. Dari pagi sampai ke petang. Tak siap2....jgnkan org lain nak menunggu, aku yg nak siapkan entry ni pun dah jenuh...
Seb baik boleh siap jugak. Pasni setahun lagi baru hupdate agaknya.....

*****


Illusi : Rose Emely


This entry was posted on 6:30 PM and is filed under , .