Hari Jumaat (24/07/2009) lepas aku cuti. Planning nak balik JB. Huhuhu...dah 2 bulan tak jengok mak ayah...windu tu!!! Tapi sebelum balik, aku servis kereta dulu kat Puchong. Siap je dah tengahari. Terus ke Shah Alam. Gi beli buku. Ingat dari Shah Alam nak direct je ke JB. Ntah cemane boleh pulak salah jalan...tiba2 termasuk Puchong balik. Sah! Ni kira perut dah kebulur...sampai signboard pun dah tak reti nak baca.
Perut menjerit2 nak makan nasi. Kat Puchong mane nak cari kedai jual nasi petang2 hari ni. Kalo malam tu banyak laa port yg ok sket! Jalan punya jalan, sampai ke Sunway la pulak. Alang2 sampai sini terus masuk Sunway Pyramid.
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

Well ini air yang aku order. F&N grape. Oleh kerana aku masih selesema, so aku order satu je air. Konon2 baik laa nak minum mineral water je. Tapi nasib baik...sekali datang...Mak oiii!!! Gelas memang tak hengat. Dah macam minum jus buah medium saiz. Kat sini pun soft drink boleh refill. Haa...ape lagi. Bantai kongsi segelas 2 orang arrr....


Marinated Chicken Grill
Yang ni menu Ayiep. Side dish nasi ngan fries. Nasi dia ok laa...tapi ayam tu out! Tak berapa nak rasa rempah nyer....
Yang ni plak menu aku. Side dish aku amik fries ngan cole slow. Sangat sedap. Dan ayam nyer sangat besar.

Posing dengan menu masing-masing kejap....


Hehehe...lagi mahal dari aku makan kat Putrajaya Seafood. Tapi memang kompom, makan sampai tak boleh nak bangun.
Illusi : Rose Emely

This entry was posted
on 11:12 AM
and is filed under
("v") abeskan duit,
("v") JJCM,
("v") siri melantak
.