01.01.2009 hari aku hilang pertimbangan buat 'seseorang'...
dalam keadaan marah, semua perkara aku tolak tepi. yg penting aper aku nak aku dapat!!! ego kah aku?
for the 1st time aku tampar orang....
tanpa rasa bersalah aku sepak 'seseorang', aku koyakan baju 'seseorang', aku robek kocek 'seseorang'... hanya utk dptkan kunci kereta. once aku dpt...aku terus menuju ke kereta tanpa menoleh lagi...
'seseorang' memanggil2, tapi aku tidak endahkan...terus boloskan diri dalam kereta. aku start enjin, nak jalan, 'seseorang' berada betul2 kat bumper dpn keter...cemane nak jalan? aku reverse sket...dia plak pi sendal kaki dia kat tayar seblah driver. dlm keadaan separuh 'giler' aku lanyak jer kaki 'seseorang' tu...
aku langgar 'seseorang'!!! tergamak sungguh!!!
'seseorang' meraung...terbaring di tepi kaki lima. aku yg kononnya masih ada rasa simpati...keluar menjengah...tak nampak patah dan berdarah...aku masuk smula dalam kereta...
zalim kah aku??? tidak berperasaankah aku ini??? tidak berperikemanusiaankah aku ini???
dalam waktu aku berperang dgn perasaan, sempat aku jeling keadaan diluar...ada beberapa insan mengelilingi 'seseorang'...dan yg pasti salah seorang dari insan itu menjadi saksi perlakuan ku...
kembali sedar...aku menangis semahunya. aku call sahabat ku...aku perlukan seseorang utk panduan aku...mujurlah sahabat ini memang layak di gelar sahabat. walaupun tidak disisi...nasihatmu ku gunakan demi keperimanusiaan kepada 'seseorang'....
aku keluar dari kereta...'seseorang' telah di papah ke kerusi berdekatan...aku menghampiri mereka, mohon bantuan mereka utk memapah 'seseorang' kembali ke kereta...aku hantar ke hospital. 'seseorang' menangis kesakitan...meraung bila tersentuh kaki yg bengkak...aku sedih, aku pilu. tapi aku tak mampu nak tunjuk...biar perasaan itu aku pendam...mungkin ini yg dinamakan ego
'seseorang' dihantar ke ER utk pemeriksaan lanjut...aku daftarkan dirinya. hampir sejam menunggu...aku berdoa dan berharap kakinya tidak patah...andai apa2 yg terjadi kepada 'seseorang', akulah manusia yg wajib dihukum!!! akhirnya 'seseorang' keluar dgn kerusi roda yg disorong MA...
syukur Alhamdulillah...tiada apa yg serius...cuma bengkak. aku mampu tersenyum...
maafkan aku...kerana ego aku lupa siapa sebenarnya dirimu..
eijaz mamam!
4 years ago