@}--- Cameron Highlands 24.01.2009  

Posted by: rose emely in

S.T.R.A.W.B.E.R.I.....hummm lazatnyer! moh ler ker Cameron Highlands.


hik hik hik...nie ler aktiviti-aktiviti aku sepanjang cuti Chinese New Year yg lepas...jalan-jalan ke Tanah Tinggi Cameron!!!



memulakan perjalanan seawal 6.30 pagi...sejuk woo kene mandi pepagi. tapi takpe, smangat nak makan angin lagi menebal. kedinginan embun bukan penghalang menuju ke destinasi....





:: ni aku letak gambor jam kat kete yg cepat 20 min dari waktu asal. kang ader plak tak cayer aku kuor umah pepagi hari (ayat khas utk Kak Nora yg selalu pertikaikan aku) ::




sepanjang pejalanan ke Tapah, aku tido jew. hik hik hik...ngantok arrr. then dari Tapah baru aku yg drive. hmmm aku exit Tapah...sebab kunun-kunun nak menyinggah kat Lata Iskandar utk bermandi-manda. oleh kerana laluan kat Tapah tu sgt mencabar dengan selekoh-selekoh yg sangat tajam utk pemandu comel cam haku nih so aku batalkan niat nak berdondang-dendang kat Lata Iskandar tuh. just drop utk bekfas. makan nasik lomak...satu je aku tak dpt nak pastikan. owner ni org asli ke tak. tengok minah-minah tu cam org melayu jew... tawakkal je la!

:: ni plak gambor Air Terjun di Lata Iskandar. memang cun tempat nyer....tepi jalan jer ::
pejalanan diteruskan. smpai kejung kaki aku duk tahan brek & tekan minyak tiap2 kali lalu kat slekoh. dah la sempit...mmg ngeri kalo nak berselisih. ader plak kat jalan sempit tu...aku berselisih ngan lori minyak. dah laa turun bukit...laju gilos. taw laa dah pro kat jalan tu...but plss hormat kat aku yg 1st time lalu situ okkkk! jauh jugak nak gi Cameron ni ek...aku rasa dah habes tawaf dah bukit tuh. tak sampai2 jugak. around 1 petang baru smpai tanah rata. fuhhh..lega. akhirnya sampai jugak aku kat ataih ni.
selepas berpenat lelah mencari hotel utk menginap & lunch... aku ke destinasi wajib. Strawberry Farm.
aku rasalaaa...asal nmpk signboard jer...sumer farm aku masuk (farm yg kecik2 jek nih). kemaruk sungguh!!!

sampai salah satu farm...pekena ais krim ngan strawberry & syrup. pergh...memang sodap!!! semangkuk cam aku makan tu...RM5. kene lak tetengahari terik. rasa cam tak cukup plak...huhuhu tamak tol!


kat farm ni jew...aku abes RM20. lg RM15 aku borong strawberi. betol2 kemaruk ni... tapi aku tak amik laa gambor. kang kene kutuk jakun plak....


hahahahhahaha....


:: kepada yg teringin...silalah ke Cameron. wakakakaka ::


lepas pusing-pusing kat beberapa farm. aku balek hotel nak rest. kasi rehat itu badan. letih arr drive jejauh. nak guling-guling kat bilek dulu. tapi tak titon pun...ni yg aku kejer kan...



:: hahahaha...mkn strawberi dan snap strawberi. ni namanya tak de kejer... ::

malam lak pi jenjalan kat pasar malam di Brinchang. hmm sronok gak. sume murah2. just borong bunge ros, beli souvenir sket...lastly pi belasah sotong goreng tepung. tak ke sengal namenye...kat bawah bukit ni tak pulak sibuk nak makan sotong goreng tepung. tang kat atas bukit yg kos agak mahal utk seafood ni leh kemaruk nak makan sotong goreng tepung!!! penyakit ni namanya... arghhhh tu sumer tak penting. yg penting aku enjoyyyyyyyyyyyyyy...


:: pastu nak jugak beli bantal strawberi nih. skali penyek jer dah kempis bantal nih..huhuhu membazirrrrrrrr!!! ::

esoknyer...pepagi hari lagi dah check out. pastu pi jelajah strawberry farm lagik. takde tempat laen ke woi!!! hik hik hik...kemaruk + jakun. halamak! terkutuk diri sendiri plak. elehhh...kalo org laen pun mesti pegi jugak kat sini kan kan kan? tapi hari ni aku ke farm yg lebih besor...buah-buah strawberry tu pun lagi besor. best wooo...


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

lagi menyala strawberi kat baju haku tuh. wakakakakaka....


* alasan : stiap kali jenjalan menghabeskan duit, wajib beli satu baju kat tmpt tuh. kira cam proof dah penah pegi situ lerrr.... (hik hik hik...gedik je alasan. padahal nak mengabeskan duit!!!)


:: ni gi jelajah kat Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands ::
:: pastu pi Health Strawberry Farm kat sebelah dia tuh. tapi aku publish gambor nursery jerk...kang kata kemaruk strawberi plak... ::
:: pastu pi bergambor kat depan Rumah Rehat Sri Pahang. just nak wat kenangan.. ::

time ni hujan dah mula turun...tapi ala-ala gerimis. aku ni jenis sensitip sket kalo kene hujan, kompom leh saket paler....tapi oleh kerana Cameron ni tmpt suci dari segala asid-asid maka hujan dah lebat n lencun pun aku steady lagi. tak saket paler pun...siap leh main2 air hujan lagik...

seterusnya ke kedai-kedai cenderamata. atas sket dari pekan Brinchang. besar jugak kedai-kedai nih. harga pun sket mahal dari kedai-kedai kecik yg laen. so kene pandai membanding harga....

:: gambor ni aku snap khas untuk Kak Shima yg teringin sgt nak makan Strawberi Cekelet. gambor sajer nak api-api kan dia...bahawanya AKU DAH DAPAT MAKAN DULU....wakakakaka ::

:: masuk lagi dlm nursery nih...tak beli-beli jugak bunga tuh... ::


:: kuar nursery dapat bunge sejambak!!! bestnyerrrr....maceh maceh macehhhhhhhhh ::

lokasi seterusnya... Kilang Teh BOH. hehehehe...sampai jugak aku kat sini. patotlah kalo teh naek harga....punyerlaa seksa nak sampai kat atas nih. jalan dah ler sempit. nak selisih mmg gerun. jalan tepi lereng bukit. siap kali selekoh...kene maen hon. takot bertembung plak ngan kete dari depan. dah ler time tu hujan mencurah-curah. org pun berpusu-pusu jugak nak pi kat kilang teh nie. dahlaa tu, time aku sampai kene parking kat bawah, pastu jalan kaki 200 meter naek atas ke Boh Centre tu. hieeeeeeeeeeee...tensi tensi tensi!!! kene jalan kaki time2 hujan, ngan payung kecik...nak jaga kamera lagi. takot plak masuk air! satu kejer nak repair. cukup lerrr laptop jer kong!!!

aku pi kat Tea Centre nih. ingat nak pekena tea gak kat sini...malangnya org tersangat ler ramai. table pun full jer. lagipun masa tu hujan, cuaca sejuk sesangat. so mmg kompom-kompom ler org cari air panas nak kasi haba dia nyer badan. aku jer terer...sejuk2 pun leh lagi pakai t-shirt lengan pendek nih. huhuhu...penebat tebal gilosssss.... tapi time angin bertiup, terasa jugak kesejukkan... cumer tak tahap menggigil jew.

dlm reramai org tuh...smpat aku mencelah kat balconi ni nak amek gambar berlatar belakangkan bukit yang penuh ngan pokok-pokok teh. cantek.... kagum aku!!! cuaca yang sejuk tu meredupkan lagi pemandangan yg serba hijau.


dan buat aku terfikir seketika... cemaner laaa pekerja-pekerja ladang teh ni leh mendaki tiap-tiap row pokok teh ni tetiap hari. sedangkan kalo kita tengok kawasan tu berbukit... penat nak mendaki. dan sangat merbahaya. bayangkanlah diorang yang terpaksa pikul bakul untuk kutip daun-daun teh tu setiap hari di lereng-lereng yang licin.


* pesanan penaja : kepada anda penggemar teh... janganlah dimarah @ dimaki jika harga teh dinaikkan. kasihanilah mereka yang bersusah payah memetik daun teh untuk dinikmati oleh kita seharian. (cewahhhh...penasihat la pulok)

:: ni sajer nak interframe gambor aku ngan sedare korang (orang utan) hehehehe... ::
walaupun waktu ni hujan. aku gagah jugak nak turun pi kat ladang teh nih. nak jugak amek gambor kat pokok-pokok teh tu. yer laaa...rugi tu. datang jauh-jauh, setahun belum tentu skali pegi....so kenelah rebut peluang yg ada kan kan kan???

hujan pun hujan laa...janji dapat amek gambor. tapi tengok gambor tu tak nampak cam hujan kan? clear jerk...hik hik hik (mmglaa dah air hujan tu kaler putih. cemaner nak nampak...!)

1st time nak turun nih...seriau gak. jalan dah laa licin. ngan hujan lagik...kene share payung kecik skali lagik. dan paling penting nak jaga kamera kesayangan... memang agak mencabar bagi aku yg tak penah jadi hiker nih....

tapi demi mendapatkan kepuasan, aku redah jerk. lagipun kat sini bukan hujan acid...so kebarangkalian nak sakit kepala sebab kene hujan tu tak der laaa....

gambor nih betul-betul jalan masuk dari Boh Centre. kene turun tangga sket. baru leh jalan kat lereng-lereng dan celah-celah pokok teh tu.... semakin cantik pemandangan. real punyer pokok teh aku tengok. wakakaka...jakun sungguh!!!

tapi tak kesahlah...pengalaman. tak sumer orang leh dapat. bila dah sampai bawah...aper lagi. berdiri arrr kat celah-celah tuh. ala-ala bollywood taks??? muker ceria jew....padahal time tu hujan. Tuhan jer yang tahu sejuknyer kat situ. tapi cool lagi...penebat tebal laa katakan. walaupun dalam hujan...sempat laa jugak aku capture utk 3 4 keping kat celah-celah pokok teh ni. hehehee...cumer yang kureng bestnyer aku tak dapat amek gambor kat kawasan yang lebih besor. tapi kira oklah kannn.....

:: hmmm...nie gambor kaki ku yg dah lencun dan penat bejalan. pikcer ni aku tiru gayer kak lieya...hehehehe ::

habes menjelajah ladang teh ni...aku pun terus berangkat pulang. time tu kol 1.30 petang. balek aku tak lalu jalan Tapah dah...aku dah serik. so balik aku lalu Simpang Pulai. jalan lagi cuns...luas pun luas. nak speeding pun tak kesah.... tapi balek aku tak drive. aku nak rehat. kaki dah lenguh bejalan tadik....

hmm sementara org drive aku layan makan strawberi lagik. sajer nak abeskan stok. sebab ada orang kata...bila dah turun dari Cameron, strawberi ni dah tak manis. ye ker? pada aku samer jer...masam manis. tak der bezanyer.... kui kui kui memang tekak takder sensor langsung!!!

tak kesahlaaa...yg penting memang sangat puas makan strawberi kali nih. dah kat bawah nie...memang takder harapan lew nak pi beli strawberi kat market tu...

tak makan pun tak pe...den rela!!!

ni lagi aku wat kejer giler.... alang-alang dah sampai kat perak kan? aper lagi...pi meronda cari Lost World of Tambun plak. bajet nak pi mandi-mandi kat sana. tapi tengok jam dah kol 3 lebih...so ala-ala cam membazir plak. untuk tidak mengecewakan diri sendiri... capture jer laa gambor kat signboard 'Selamat Datang' tu. kira aku dah sampai ler kat tempat nih. hikhik hik... nak beli baju Tambun, duit plak ala-ala cam nak kering. so batalkan saja niat ku itu...cukuplah ngan gambor 2 keping nih.

sempat jugak menjengah ke dalam... punyerlaa ramai manusia. bermacam-macam bangsa. rasa teruja nak mandi kat situ tetibe je hilang... aku rela mandi shower kat rumah jer nanti. tak sanggup nak berpusu-pusu reramai dalam kolam-kolam tuh. lastly...begambor ngan kucing batu. hik hik hik.....

i'm so happy to be there. i'm enjoy my holiday so much....


* ni baru dua hari. ada lagi dua hari cuti...kemanakah akan ku pergi????

This entry was posted on 10:11 AM and is filed under .